RSS

Catatan Kehamilan Saya

Lilypie Maternity tickers

Catatan 2-3 hari yang lepas.

2 Januari 2012 - Isnin



Hari ini pegi klinik Pesta jam 9.45 pagi naik kereta Falihin bersama suami. kereta camry masih di bengkel coz repair kena sodok tempohari. Datang terus ke kaunter cakap yang aku nak buat buku merah ibu mengandung.lokasi pertama kena test air kencing. then timbang, then check abdomen, ceramah tantang kebaikan susu ibu. buku merah aku agak special kata nurse Hamimah coz dia terpaksa mengarang panjang coz aku di sahkan ada trombofilia oleh Dr Kartik. Pastu chehck gigi. dr gigi kata, tak perlu ke klinik australia. pi poliklinik ajer. free of charge katanya. aku agukkan ajer. Pastu ke makmal kena amik darah satu tiub. nasib baik nurse tu teror coz sekali cucuk ajer darah aku dah dapat. thanks nurse. dalam 12.35 baru settle. lama kan? balik naik keta falihin gak. thanks falihin. Esok nurse suruh datang lagi jam 8.00 pagi coz kali nie kena jumpa doktor pulak.

3 Januari 2012 - Selasa
Hari ni kena ambil darah lagi. kali nie pak cik yg ambik darah. sakit giler coz dia cucuk jari hantu aku mcm dalam sangat. bisa gitu! just amik darah utk kepekatan darah ajer! kena amik air kencing lagi. pastu tunggu giliran jumpa doktor. doktor kata, kemungkinan besar klinik nie akan jadi rumah no. 2 aku coz everyday kena amik injection. tapi doktor kata kena tunggu result dari pakar hospital bp dulu. doktor kata lagi, trombofilia nie bukan sahaja aku dapat masa pregnant, tapi seumur hidup. terkedu aku mendengarnya! subhanallah! nurse kata aku kena tunggu klinik phone utk tahu bila pakar 5 akan panggil aku. aku balik dalam jam 11 lebih. pegi naik teksi pak mail. husband naik motor. balik - aku nekadkan diri naik motor pelan2 bonceng husband aku coz call pak mail teksi tapi tak dapat-dapat. balik umah aku terus baring coz takut terhentak2 naik motor tadi.
Petang husband call toyota service centre. alhamdulillah. keta dah siap. esok mula sekolah. alhamdulillah tak payah naik teksi coz keta camry dah baik. berkilat macam keta baru. thanks abang kerana melayan kerenah aku. hehehe...

Petang
Kawan pegi haji husband aku datang bagi borang rumah kat soga view - bekas kuarters dekat wisma anak yatim. husband cadang amik banglo link 2 tingkat. apa tu banglo link? puas aku survey kat internet - rumah nie mahal. rate 600k-2@3 juta. mana mampu beb. gaji aku hanya boleh utk amik rumah harga 300k-350k shj. sudahnya aku amik semi D dua tingkat ajerlah. janji ada tanah. aku suka tanam pokok. boleh tanam sayur...ermm..best! mudah-mudahan dapat umah nie.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

ALBUM