RSS

Catatan Kehamilan Saya

Lilypie Maternity tickers

Masuk Wad


26 Januari 2012
Pagi selepas solat subuh, aku ke apur membersihkan ruang dapur n mencuci sinki. lama tak cuci n kemas.  selepas masak air, kemaskan periuk yg dah rosak...aku duduk di dean n mengaji. tetiba rasa tak selesa di bhg vagina. aku swap dgn tisu...ada coklat...kali kedua swap ada lagi...kali ke-3 pun ada...aku termenung lantas baring....terus bagitahu hubby.

hati tak sedap...aku baca surah yasin untuk tenangkan diri.

10.30 pagi
hubby tanya...nak ke wad tak? aku kata ok gak. duduk rumah pun tak tahu langkah apa yang patut dianbil. mandi n kemas terus ke hospital bp bhg kecemasan...hai memang semacam ajer...bimbng...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Injection oh...injection


13 Januari 2012
Appoinment pertama untuk sesi injection. waktu dipanggil masuk bilik doktor, my hubby keluar sat amik buku pink. hubby masuk bilik doktor, aku dah siap di inject. kali nie doktor inject bawah lapisan lemak-dalam. bisa 2-3 hari tak hilang. ada lebam sikit. injection nie ialah heparin untuk cairkan darah aku untuk memudahkan oksigen sampai ke baby tersayang.


19 Januari 2012
Hari nie datang untuk amik injection ke-2. doktor suruh hubby inject. hubby kata esok coz semalam dia tak nampak cara doktor inject. Doktor stil guna picagari yang berjarum besar. kali ni lengan kanan coz lengan kiri ku masih berdenyut-denyut. pagi tadi mengamuk kat 3RK1 dan 3RK2 coz kerja maths yang cincai...rasa sakit sikit bawah kandungan. lepas nie dah tak leh marah2 lagi. maybe ganggu emosi then perjalanan darah jadi kurang ok kot. sorry ye baby! cost untuk treatment hari nie RM 70.00. RM 50 untuk injection for 5 days and RM20 for aspirin pills. esok kena datang klinik coz doktor nak ajar hubby cara nak inject.


20 Januari 2012
Hari nie datang klinik jam 5.45 petang. doktor lum datang. tapi doktor suruh nurse yang inject. kali nie picagari kecik. cecair banyak tapi jarum pendek. hubby terus kata kalau jarum pendek...hubby confirm leh inject... takut gak hubby tengok jarum besar semalam. Lepas inject terus balik tanpa bayar coz semalam dah settle. tapi MC amik esok. esok doktor ajar my hubby cara inject. doktor lewat tadi.

Pagi tadi aku tak ke sekolah coz kesan sakit semalam lepas aku ngamuk kat 3RK1 dan 3RK2....lepas nie takleh ngamuk-ngamuk lagi ler nampaknya...


Aku bukan tak coonfident bila hubby nak inject. tapi takut aku nangis manja coz hubby yang inject. kalau org lain kan kena tahan sakitnya. tapi kalau hubby yang buat kan kita nie mula lah nak manja. sakit sikit pun boleh nangis...manja yang automatik datang. nak-nak time pregnant nie...hehehe...tawakal ajerlah. hubby kata tak larat nak pi hari2 klinik. kalau kat umah lebih selesa katanya. lepas inject boleh terus baring. betul jugak tu.

.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pemeriksaan Dr Kartik 13 Januari 2012


Hari ini hati ku berbunga-bunga!

Syukur ALHAMDULILLAH YA...ALLAH !

Hari ni datang klinik kartik jam 5.30 selepas solat asar. masuk dalam jam 6.15 ptg. kali nie dr scan...syukur...baby dah ada bentuk. ada kepala, tangan n kaki. baby kejap pusing kanan kejap pusing kiri. husband kata...baby berenang! dengan denyutan jantungnya hati ku terus terlintas ALLAH HU AKBAR! SUBHANALLAH! ALHAMDULILLAH.....

Cuma kami perlu dapatkan injection awal. tak leh nak tunggu pakar lima. appointmt dengan pakar 5 ialah 19 Mac 2012. terlalu lama. so, dr kartik akan dptkan bekalan untuk ubat suntikan aku coz dr kata, darah pekat mula dikesan. kalau lambat, akan ganggu oksigen baby. dia akan call dlm masa 2-3 hari. tak pasti budjet berapa. sedia ajerlah ongkosnya! apa-apa pun...duit boleh dicari...demi bayi ku yang amat ku sayangi ini. kena inject pun tak apalah... Balik bibir menguntum senyum....syukur alhamdulillah.......


.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Catatan 2-3 hari yang lepas.

2 Januari 2012 - Isnin



Hari ini pegi klinik Pesta jam 9.45 pagi naik kereta Falihin bersama suami. kereta camry masih di bengkel coz repair kena sodok tempohari. Datang terus ke kaunter cakap yang aku nak buat buku merah ibu mengandung.lokasi pertama kena test air kencing. then timbang, then check abdomen, ceramah tantang kebaikan susu ibu. buku merah aku agak special kata nurse Hamimah coz dia terpaksa mengarang panjang coz aku di sahkan ada trombofilia oleh Dr Kartik. Pastu chehck gigi. dr gigi kata, tak perlu ke klinik australia. pi poliklinik ajer. free of charge katanya. aku agukkan ajer. Pastu ke makmal kena amik darah satu tiub. nasib baik nurse tu teror coz sekali cucuk ajer darah aku dah dapat. thanks nurse. dalam 12.35 baru settle. lama kan? balik naik keta falihin gak. thanks falihin. Esok nurse suruh datang lagi jam 8.00 pagi coz kali nie kena jumpa doktor pulak.

3 Januari 2012 - Selasa
Hari ni kena ambil darah lagi. kali nie pak cik yg ambik darah. sakit giler coz dia cucuk jari hantu aku mcm dalam sangat. bisa gitu! just amik darah utk kepekatan darah ajer! kena amik air kencing lagi. pastu tunggu giliran jumpa doktor. doktor kata, kemungkinan besar klinik nie akan jadi rumah no. 2 aku coz everyday kena amik injection. tapi doktor kata kena tunggu result dari pakar hospital bp dulu. doktor kata lagi, trombofilia nie bukan sahaja aku dapat masa pregnant, tapi seumur hidup. terkedu aku mendengarnya! subhanallah! nurse kata aku kena tunggu klinik phone utk tahu bila pakar 5 akan panggil aku. aku balik dalam jam 11 lebih. pegi naik teksi pak mail. husband naik motor. balik - aku nekadkan diri naik motor pelan2 bonceng husband aku coz call pak mail teksi tapi tak dapat-dapat. balik umah aku terus baring coz takut terhentak2 naik motor tadi.
Petang husband call toyota service centre. alhamdulillah. keta dah siap. esok mula sekolah. alhamdulillah tak payah naik teksi coz keta camry dah baik. berkilat macam keta baru. thanks abang kerana melayan kerenah aku. hehehe...

Petang
Kawan pegi haji husband aku datang bagi borang rumah kat soga view - bekas kuarters dekat wisma anak yatim. husband cadang amik banglo link 2 tingkat. apa tu banglo link? puas aku survey kat internet - rumah nie mahal. rate 600k-2@3 juta. mana mampu beb. gaji aku hanya boleh utk amik rumah harga 300k-350k shj. sudahnya aku amik semi D dua tingkat ajerlah. janji ada tanah. aku suka tanam pokok. boleh tanam sayur...ermm..best! mudah-mudahan dapat umah nie.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ALBUM