30 Disember 2011 - Klinik Kartik
10:41 AM |
Labels:
Catatan Kehamilan
5.30 PETANG
Berjumpa Dr Kartik untuk mendapatkan result ujian kencing manis, air kencing n ujian pangkal rahim.
Keputusan semua normal. tiada jangkitan kuman atau kencing manis. alhamdulillah.
But still to take injection everyday until bersalin. Dr kata, kemungkinan besar aku kena bersalin 2-3 minggu awal dari biasa untuk mengurangkan risiko. Aku ada sejenis penyakit dipanggil trombosis - darah menjadi pekat sepanjang kehamilan. menyebabkan oksigen untuk baby berkurangan. injection tu utk mencairkan darah.
Ada dua ubat injection. yang bagus arround RM 1000+-...yang murah dlm RM 500-600.. masalahnya, yg mahal ada enzim dari babi. so-kami buat keputusan guna yg murah. kalau diinject dlm badan, menjadi darah daging aku n anak aku...menanggung dosa seumur hidup.
Semoga baby dalam perut ini terus sihat walafiat. hari-hari aku berdoa semoga ALLAH tunaikan permintaan ku. Amin.
Read User's Comments(0)
Hadiah Hari Jadi dari suami tercinta
10:28 AM |
Labels:
Nukilan Harian
30 Disember 2011 abang balik menanda kertas sains sukan di kuala lumpur. menghadiahkan aku sebuah notebook Asus. Hadiah hari jadi katanya.
Memang aku tengah mencari notebook atau laptop sebenarnya. laptop ppsmi tu dah ketinggalan zaman. kat rumah memang ada desktop baru intel i5.
Terima kasih tak terhingga buat abang di atas pemberian.
Koleksi ayat-ayat yang digalakkan untuk pembacaan para ibu sepanjang proses kehamilan
6:03 PM |
Labels:
Catatan Kehamilan
Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9 : Doa memohon rahmat
Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 : Doa memohon zuriat yang baik
3. Surah Al-Fatihah : Untuk terang hati dan kuat ingatan
4. Surah Al-Taubah : Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
5. Surah Maryam : Untuk memudahkan ibu bersalin
. Surah Yusuf : Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak
7. Surah Luqman : Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa
8. Surat Toha : Semoga bayi lembut hati
9. Surah Al-Nahl : Untuk melahir anak yang berdisplin
Surah Yaasin : Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
Surah Hujurat : Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati dan buat si suami amalkan surah yang sama.
Semoga beroleh rahmat dariNYA.
Siap Menanda-Order Mc D guna phone..hahaha
6:20 PM |
Labels:
Nukilan Harian
Hari ni habis tanda paper. Terus order Mc D...Big Mac n Bubur ayam... nyum! nyum!
Malam nak kena scan soalan n buat laporan serta buat claim pulak...
Hari Krismas Masih Menanda
8:41 AM |
Labels:
Nukilan Harian
Hari nie masih menanda. mungkin malam nie siap semuanya kot. tapi esok ada tugasan utk pilih yang terbaik utk buat report. Lusa 27 Dec 2011 ada meeting ke-2 penandaan. kena booking taxi awal nampaknya.
24 Disember 2011 Bernulanya Catatan
2:30 PM |
Labels:
Nukilan Harian
Blog ini dibuat untuk mengingati detik-detik penting dalam hidupku. Bermula 24 Disember 2011. Semoga lebih banyak kenangan manis yang dicatat di sini kelak. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)