RSS

Catatan Kehamilan Saya

Lilypie Maternity tickers

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021

 


 5 Julai 2022

Majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi kakitangan pendidikan peringkat daerah Batu Pahat telah berlangsung di IPG Tun Hussien Onn, Batu Pahat.


Terima kasih khas buat suami yang sangat-sangat memahami dan sentiasa memberi galakan serta panduan untuk bidang tugas isterimu.


Terima kasih buat penilai pertama- Cikgu Ruhana Hashim dan penilai kedua Cikgu Rahmat Ghazali serta Penilai Akhir Cikgu Soeharto dan tak lupa buat Tuan Pengetua Mohd Fuaad Sarmin selaku penanda tangan pengesahan. Tanpa kalian, mana mungkin anugerah ini menjadi rezeki saya. Syukur Alhamdulillah.


Semoga dengan anugerah ini menjadi pembakar semangat untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. In shaa Allah.


Banyak kiriman gambar paparazi dari kawan-kawan yang turut sama berada di dewan menerima anugerah kelmarin. Terima kasih diucapkan. Hinggakan anak murid pun ada yang terima APC. Itu tandanya cikgumu sudah berusia.


Gembira rasa hati menerima jambangan cokelat surprise dari suami. Terima kasih buat suami tersayang. Tq cikgu mayzura tolong urus jambangan tersebut.


Semua penerima SMKDSE turut menerima jambangan cokelat dari Tuan Pengetua. Terima kasih Tuan!


Sampai rumah...dapat jambangan bunga dari buah hati pengarang jantung, Pia. Bunga ada lap lip!


Terima kasih buat rakan sekerja di SMKDSE. Mana mungkin kita dapat buat kerja tanpa ada pasukan. Buat kerja sama-sama. Terima kasih atas kebersamaan. In shaa Allah...tahun akan datang milik kalian pula. In shaa Allah.


Terima kasih atas segala ucapan.

Syukur atas anugerah ini. Alhamdulillah.

#dairirosmah76 

#oneschoolonedream 

#smkdsegemilang 

#smkdsebagus












  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LEMON HALIA BAWANG PUTIH ROSMAH

 


BAHAN-BAHAN
3 biji lemon dihiris nipis (jangan buang kulit. sebab kulit banyak khasiat)
3 labu bawang putih (dibuang kulit )
2 inci halia ( sebesar ibu jari kaki )
*lemon tu beli yg tempatan.


CARA PENYEDIAAN
1. potong halus 3 bahan
2. campur bahan tadi bersamaan 1.5 liter air
3. rebus selama 6-8 jam ( slow cooker )
4. sejukkan dan blend
5. tapis or tak terpulang. sy tak tapis
6. lepastu dh boleh minum

CARA MINUM
ambil 2 sudu + madu 1 sudu
ambil pagi dan malam sahaja
selebihnya simpan dalam peti dan amalkan setiap hari


KELEBIHAN/KHASIAT :
Nak kurus + perut kempis + buang toksin + buang air lawas + untuk dalaman wanita + buang angin + badan ringan + macam2 lagi khasiat

KHASIAT
1) Minum air lemon sblm makan/minum apa2 pada waktu pagi dpt fine tune sistem penghadaman kita dan mencegah drpd masalah spt perut kembung, angin, dan heartburn.

2) Lemon ni bersifat antiseptik dan mmg terer dlm "membersihkan" hati kita (bukan masalah emosi ye..haha), selain buah pinggang dan darah kita. Kiranya, kita akan berasa lagi selesa dan lebih bertenaga!

3) Lemon merupakan sumber vitamin C yg utama. Kalo kita minum pagi2 lagi, kita dh xyah risau utk memenuhi kuota vitamin C kita. Lemon juga kaya dgn mineral spt potassium, kalsium dan mag


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ALBUM